Monday, March 1, 2010

…Halal or haram??? Yg mana halal, yg mana haram?


….that is the question. Sekarang ni dimana2, semua concern dgn lambang or logo halal…housemate aku sampai ubat gigi pun carik yg halal kecuali la jenama ‘C’…(ada tanda halal tapi apesal dia tak percaya ek?)

Semalam kat radio persatuan pengusaha restoren india muslim Malaysia (senang cakap restoren mamak la….) bagi penjelasan utk menjawab persoalan JAKIM yg mendakwa konon nya ada sebahagian restoren mamak ni tak halal….pakai gantung jer ayat2 suci al-quran utk kaburkan mata orang.

So presiden tu pun mempertahankan yg w’pun mungkin ada yg tak letak logo halal tp tak bermaksud penyediaan makanan tak mengikut syariat Islam….ha tu yang nak tulis nie.

Aku pasti & sure 100% yg kiter semua penah makan or beli nasi lemak, goreng pisang, kuih muih dsb di tepi jalan or pasar malam…ADA TANDA HALAL tak???? So that means kalau takde, kiter semua nie dah makan benda HARAM ker???? Sedangkan kita diajar untuk memilih makanan yg diyakini bersih, halal mengikut syariat Islam…so apa masalah sebenarnyer di sini??? Kakak yg jual nasi lemak tu orang Islam, pakai tudung, bekas ustazah….tp nasi lemak yg dia jual takde lambang or logo HALAL lar…adakah aku ni dah makan benda haram??? Isk, isk..JAKIM, JAKIM…nak buat kerja pun biarlah berhemah & bertempat.

Ni contoh kedua, abah aku sendiri…yg buat business roti tradisi dari zaman 60an lagi….beragama Islam of coz…lesen semua ada tp rasanya takde lambang HALAL gak sbb kami percaya semua org tahu yg penyediaan makanan kami tu mengikut Islam, malahan abah aku tu Haji orangnya, takkan tak tahu hukum hakam…business tu bukanlah business besar2…tp pelanggan semua golongan..adakah ini bermaksud apa yg abah aku buat & jual tu haram utk dimakan semata2 kerana tiada logo HALAL???? (aku pun makan sekali!)

Dan contoh ketiga, seorang guru agama perempuan disekolah aku yg sungguh2 berprinsip utk tidak jamah makanan haram….semua haram. KFC haram, beli ikan dari org Cina haram, tapi mengaku bagi anak2 & suami makan roti ‘G’….Cuma roti ‘G’ saja…tu tak haram ker??? Dah sah2 tokeh bukan Muslim, apa dia ingat pekerja2 kilang tu semua Muslim ker???  Dan dah pernah dah pun keluar artikel yg kurang baik pasal jenama nie yg menyebabkan bukan saja org Muslim tak makan, malahan Cina & India yg dtg beli roti kat kedai bapak aku pun cerita benda yg sama…so ni apa plak jadinya??? Jenama roti ‘G’ tu tak haram…tp maybe roti buatan abah aku tu haram???? Haiya….

Dan contoh terakhir, masakan yg mak, nenek or sesapa dlm family kita masak…ada lambang HALAL??? Takde kan? Kiter makan sbb kita tau masakan tu mmg halal…tak payah nak argue or debate pasal nie….sepanjang kiter membesar tu la makanan mak yg kita makan.


…JAKIM….please la buat some guidelines yg lebih jelas tentang halal haram nie….takkan semua haram kan??? Contoh2 pun aku dah bagi tadi….agak2 la. Nak menjalankan perintah Islam by all means silakan tapi jangan la sampai nampak mcm ego tak bertempat yg akhirnya terkena diri sendiri ibarat menepuk air di dulang….terpercik ke muka sendiri…dulu yoga, pas tu mamak, after this apa plak yg haram???


....mari kita tunggu dan lihat yea sapa yg kena......(lepas ni)!!!









No comments: