...dah lama wa tak ngomel
hah sekarang rasa nak ngomel la pulak, kebetulan ahli panel wa ada balik dari
kursus jadi ada la bermacam2 berita & cerita yg nak dikongsi..
…esp pada kaum cecikgu la (sbb
tak sure profession lain mcm mana ceritanya), sure korang pernah pi kursus,
seminar , mesyuarat atau bengkel kan? Pernah tak korang rasa yg korang mcm
ALIEN kat situ? Completely being ignored, when nobody speaks to you or even
smile at you to make you feel at ease. Tu baru fasa pertama, belum lagi masuk bab2
kerjasama dan lain2…
Wa serius perasan memang
terdapat beberapa golongan orang setiap kali ada mesyuarat, kursus, seminar
atau mesyuarat nie…secara ringkasnya biarlah wa kategorikan kepada jenis2
species kat bawah nie:-
1. Kelab ‘DIORANG-DIORANG JE’ – semua kat situ semua geng2 &
kroni dia. Dari penyelaras, facilitator, pemilihan peserta, pemberi ceramah,
etc…semua geng dia. Yg paling best tu bila masuk2 jer semua peluk cium tanya
kabar pas tu kiter yg alien nation ni tercangak2 sorang2 sbb tak kenal sesapa pun.
Tengok kiri kanan semua geng2 makcik2 giler kuasa….hadui…macam mana la English
education kat Perak ni nak maju? Dah hidup berkroni & berpuak2…asyik2 geng
diorang jer. Bagi la chance kat orang lain, banyak lagi guru2 muda
berbakat tapi tak pernah diberi peluang
& ruang. Sian bila tengok cikgu2 yg mungkin terpilih hadir semata2 untuk
mengisi ruang kosong (kuota)…macam kangkung tersepit kat celah2
gigi…
3. Kelab ‘TENUNG-TENUNG’ – ni satu hal lagi. Tak buat
kacau. Bising pun tidak tapi Ya Allah merenung kalah perogol bersiri. Ntah apa
yg direnung pun tak taw kadang2 sampai gua cium ketiak sendiri sebab risau ada
bau2 pengit hangit ker, ataupun ada koyak rentas baju wa kat mana2, almaklumlah
wa sedar badan wa yg berisi lemak kental itew….ker tenung taik lalat wa yg
banyak nie?…he he senang jer nak atasi wa jawab jer “tak payah kira sbb hari2
tumbuh baru” terus tunduk2 tak angkat muka lagi..tu la sapa suruh tengok2? Tak
taw ker tengok2 tu boley kena saman kat England? Eh lupa gua. Wa kat area
Batang Padang bukan England….sapa nak saman?
4. Kelab ‘ADA AKU KESAH?’ – ni dah sah2 anggotanya cecikgu
lelaki…..sian. jadi minority la pulak sbb byk cecikgu pompuan gila kuasa tunjuk
power jadinya diorang ni meminggirkan diri lagi terpinggir….jenis yg tak
menyusahkan orang lain. Kerja senyap dan simple, sesimple yang wujud
dalam dunia ini. Mereka2 ini menyokong teguh prinsip ‘ASALKAN SIAP, ASALKAN
ADA’….teman berborak yg best sbb time2 ni sama menyampah dgn kelab No. 1 &
2 tu…wa suka diorang ni sbb kelakar giler..terhibur wa….tak rasa mcm ada
persaingan ker apa ker…ni la wa tak paham kenapa cikgu pompuan semua tak leh
ikut contoh kaum cikgu laki2 nie….dah la sporting, peramah, kaki makan, kaki
sembang..semua pakej la ada….
5. Kelab ‘BERKECUALI’ - Anggota yg paling tak menonjol.
Datang, sign attendance, buat apa2 yg patut, participate sikit2 (idea kena
tolak terus diam noktah). Makan pas tu balik….esok pun rutin yg sama sampaila
habis..(tapi geng ni selalu kuat makan sbb senyappppp ajer tengok2 atas meja
makan semua dia kaut - segala lauk, dessert semua penuh meja…..) Selalunya ahli kelab ni baik2 belaka...Low profile la
katakan….
6. Kelab ‘ADA KER TAK ADA?’ – masa sign attendance ada. Pas
tu ilang ntah ke mana. Masa nak pi makan tengok dah ada muka dia kat
meja..aikkkk? pas tu ilang balik sampai la waktu makan yg seterusnya….hari last
baru tunjuk muka tu pun masa upacara penutup ajer….sbb nak sijil.
7. Kelab ‘CLAIM TERLAMPAU’ – semua benda dia berkira; dari
minyak kereta, makan 3 kali sepanjang perjalanan…semua kena claim….mileage
claim biar lebih jgn kurang…..makan, makan duit tak berkat tu cikgu….tak pun buat beli barang kemas baru...lantak la lu orang! tapi pas tu jgn bagi ceramah halal haram kat wa pulak sedangkan lu orang pun sama jer? lebih teruk ada la...bukan benda makan jer lu ingat ada halal haram...sendiri mau ingat la kenapa kadang2 anak2 lu orang jadi tak pandai ker, jahat ker (selalu anak2 cikgu lagi jahat dari budak2 lain, apesal ah???)
8. Kelab ‘SEDUT’ – semua bahan dia nak sedut…berjaga2 here
they comes! Dulu thumbdrive gantung kat leher 3 jenis kaler skrg sudah upgrade
pada external hard drive plak…seduttttttttttt semua sampai la semput. Selagi
ada ruang kat drive tu sedut…..ilmu mesti dicari! Ntah koleksi apa yg cuba
dibuat pun tak tau. Nak kata jurulatih utama pun bukan, GC pun bukan…ah nak
anugerah cemerlang kot??
9. Kelab ‘TAW SEMUA’ – wah, semua orang dia kenal….semua
sekolah dia taw…dan setiap sekolah tu wajib satu cikgu mesti dia kenal….wah
terernya orang nie..mesti cemerlang Geografi kan??? Bukan takat sekolah malahan
pasar malam kat area2 tu pun taw…huish…mantap orang nie….samada ejen CIA
ataupun dia mmg suka ukur peta2 dlm negeri Perak ni…mungkin jugak pekerja
part-time Google Maps & Google Earth….bagus, bagus….!
10. Kelab ‘SMS SAMBIL BERKURSUS/MESYUARAT/BENGKEL’ dan lain2 –
kalau handphone tu tak reti2 la nak letak bawah meja atau dlm beg…Silent Mode
tak wujud dlm dictionary hidup diorang nie…time orang ceramah ker, org buat
kerja ker dia tetap dgn SMS dier…ni direct selling kot wa rasa. Tak pun sms
anak-anak dia; tp musykil la plak wa. Kata anak kecik mcm mana lak nak sms dgn
anak umur bwh 5 tahun? Takkan SMS dgn bibik kot? SMS dgn husband?? Amboi
romantic nyer….husband takde keje ker??? Agak2 la kak wey, hormat la sikit
etika bersidang….awak tu cikgu bukan CEO. CEO pun ada etika masuk
meeting….boring tul wa kalu terduduk tepi org nie…ada satu kali tu wa dengar
kakak ni sembang baek punya pasal nak borong pinggan mangkuk kat supermarket
tepi hotel tu….yang peliknya time makan yg ahli kelab ni reti pulak tak jawab
handphone???? Wa pelik….tapi wa malas nak kesah…
No comments:
Post a Comment